Al-Kahf, dari ayat 41~50;
41. “Atau
airnya jadi surut kering, lalu engkau tidak boleh mendapati dia”.
42. Dan
dibinasakan hartanya, lalu jadilah ia
orang yang membolok-balik kan, dua tapak tangan nya, lantaran apa yang ia telah belanjakan padanya, pada hal ia
gugur dengan bumbung nya, dan ia akan berkata; “alangkah baik nya kalau aku
tidak sekutukan seorang dengan Tuhan mu”.
43. Dan
tidak ada baginya satu pun golongan yang akan menolong dia, selain dari Allah,
dan tidaklah dapat ia membela dirinya.
44. Disana
kekuasaan itu hanya bagi Allah yang benar, ia sebaik-baik pemberi ganjaran dan
sebaik-baik pemberi balasan.
45. Dan
adakan lah bagi mereka bidalan bagi penghidupan yang rendah ini, iaitu seperti
air yang kami turunkan dia dari langit, lalu bercampur dengan dia
tumbuh-tumbuhan dibumi, lalu ia jadi kering yang ditiup oleh angin-angin dan
adalah Allah, atas tiap-tiap sesuatu berkuasa.
46. Harta
dan anak-anak itu, perhiasan penghidupan dunia, tetapi amal-amal soleh yang
tinggal buahnya itu, lebih baik pada sisi Tuhan mu tentang ganjaran nya, dan
lebih baik tentang harapan.
47. Dan ingatlah hari yang kami akan jadikan gunung-gunung, dan engkau akan lihat
bumi itu dzahir, dan kami kumpulkan mereka, hingga kami tidak akan tinggalkan
seorang pun dari antara mereka.
48. Dan
mereka akan dibawa kehidupan Tuhan
mereka dengan berbaris. “Sesungguhnya kamu telah datang kepada kami, sebagai mana
kami telah jadikan kamu pada mula-mula nya, tapi kamu sangka, bahawa kami tidak
akan adakan perjanjian bagi kamu”.
49. Dan akan dibentangkan kitab itu, maka engkau
akan lihat orang-orang yang berdusta itu takut kepada apa yang ada padanya. Dan
mereka akan berkata; “celakalah kami !
kitab apakah ini ? ia tidak tinggalkan yang kecil dan tidak yang besar,
melainkan ia hitungnya”, dan mereka dapati apa yang mereka telah kerjakan itu
sedia ditulis, dan Tuhan mu tidak menganiayai seorang pun.
50. Dan
ingatlah, tetakala kami berkata kepada melaikat-melaikat “sujudlah kepada
adam”, lalu mereka sujud, melainkan
iblis, adalah ia dari golongan jin, maka ia derhaka kepada perintah Tuhan nya,
lantaran itu, apakah patut kamu mahu jadikan dia dan keturunan nya sebagai
ikutan selain daripada Ku. Pada hal ia itu, bagi kamu, satu musuh ? Jelek
tukaran itu, bagi orang-orang yang zalim.
.
.
.
Sumber,
[] https://sites.google.com/site/imphalal/3
Following G+, [] https://sites.google.com/site/imphalal/3
[] https://plus.google.com/116872662866307859796/posts/bxnxT8w3D57
.