Al-Kahf, dari ayat 21~30;
21. Dan demikianlah kami tunjukkan mereka kepada
manusia, supaya mereka mengetahui, bahawa perjanjian Allah itu benar, dan
bahawa hari kiamat itu, tidak ada syak tentang adanya. Ingatlah, tetakala mereka berbantahan antara
mereka tentang urusasn mereka yang digua itu, lalu mereka berkata; “dirikan lah
atas mereka itu satu pendirian. Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka”.
Berkata orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka; “sesungguhnya kami akan
adakan atas mereka satu tempat sembahayang”.
22.
Mereka akan berkata; “mereka itu, tiga orang yang ke empatnya ialah anjing
mereka”. Dan sebahagian dari mereka berkata; “mereka itu lima orang, dan yang
ke enam nya ialah anjing mereka”, dengan sangkaan tentang utusan ghaib, dan sebahagian
dari mereka berkata; “mereka itu tujuh orang dan yang kelapan nya ialah anjing
mereka”. Katakan lah; “Tuhan ku lebih mengetahui tentang bilangan mereka. Tidak
ada yang mengetahui akan bilangan mereka, melainkan sedikit”, oleh kerana itu, janganlah engkau berbantahan
tentang mereka, melainkan dengan bantahan yang terang, dan janganlah engkau
bertanya dari hal mereka kepada seorang
pun dari mereka itu.
23. Dan
janganlah engkau berkata tentang suatu pekerjaan; “aku akan kerjakan yang
demikian.
24.
Kecuali bahawa dikehendaki oleh Allah, dan ingatlah akan Tuhan ku akan memimpin
ku kejalan yang lebih dekat kenyataan nya daripada jalan ini”.
25. Dan
mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun, dan mereka tambah sembilan lagi.
26.
Katakanlah; “Allah lebih mengetahui berapa lama mereka tinggal”, baginya lah
barang yang ghaib dilangit-langit dan bumi. Alangkah terang pemandangan nya !
dan alangkah jelas pandangan nya ! tidak
ada bagi mereka penjaga selain diri dia, dan tidak ada seorang pun yang ia
jadikan sekutu dalam hukum nya.
27. Dan
bacakan lah apa yang diwahyukan kepada mu dari kitab Tuhan mu, tidak ada yang boleh
mengubah kalimah-kalimah nya, dan engkau tidak akan dapati tempat lari selain
daripadanya.
28. Tahan lah diri mu bersama orang-orang yang
menyeru Tuhan mereka duduk pagi dan petang kerana menghendaki keredaan Allah,
dan janganlah dua mata mu berpaling dari mereka kerana menghendaki perhiasan
penghidupan yang rendah ini, dan janganlah engkau turut orang yang kami telah
lalaikan hati nya dari mengingat kami dan ia menurutkan hawa nafsu nya, kerana
adalah pekerjaan nya melewati batas.
29. Dan
katakan lah; “kebenaran itu dari Tuhan kamu, maka barang siapa mahu, bolehlah
ia beriman, dan barang siapa mahu, boleh ia tidak percaya”. Sesungguhnya kami telah sediakan bagi
orang-orang yang zalim itu api neraka yang pagarnya itu melewati mereka, dan
jika mereka minta air, akan diberikan kepada mereka air seperti logam yang
terlebur yang menghanguskan muka-muka mereka, jelek sekali minuman itu dan
buruk sekali api nereka itu bagi tempat duduk.
30.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya kami
tidak akan sia-siakan ganjaran orang yang memperbaiki amal nya.
.
.
.
.
Sumber,
[] https://sites.google.com/site/p129kuala/3
Following G+, [] https://sites.google.com/site/p129kuala/3
[] https://plus.google.com/116872662866307859796/posts/TV8iJiFzcK6
.
No comments:
Post a Comment